SELAMAT DATANG KE PORTAL MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi : Majlis Gilang-gemilang.

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pada 30 Mac – 1 April 2012, satu sambutan gilang gemilang sempena meraikan 75 tahun penubuhan Maahad Muhammadi {Lelaki & Perempuan} telah berlansung.Pelbagai acara dan program telah disusun sepanjang 3 hari sambutan ini berlansung. Antaranya ialah Forum Perdana,perlawanan separuh akhir dan akhir Street Soccer,Malam Apresiasi Seni,program derma darah dan banyak lagi. Selain dipenuhi dengan pelbagai program menarik, terdapat banyak gerai yang menjual makanan,perabot,pakaian muslimah,aksesori computer dan lain lain telah dibuka sepanjang sambutan ini diadakan.

 

Kunjungan tanpa henti daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan lagi Sambutan Jubli Intan yang julung julung kali diadakan ini.Pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 bersamaan 8 Jamadil Awal 1433 Hijrah satu Majlis Pelancaran Logo Jubli Intan sempena meraikan 75 Tahun penubuhan Maahad Muhammadi telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.Pada majlis yang sama juga, YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah dianugerahkan sebagai Tokoh Jubli Intan. Kemuncak sambutan merupakan keberangkatan DYMM Tengku Mahkota dan Sultan Muhammad ke-V bagi merasmikan Perletakan Batu Asas Masjid Muhammadi.

 

SPM 2011: MMP MENCIPTA SEJARAH CEMERLANG

  • PDF
  • Print
  • E-mail

KOTA BHARU 21 Mac - Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu telah mencipta sejarah gemilang apabila enam pelajarnya mencatat keputusan cemerlang apabila  seramai 3 orang pelajarnya mendapat keputusan 12 A dengan salah seorang daripada mereka mendapat 10 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan sekolah berkenaan mengatasi pencapaian sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK yang lain di Kelantan. Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dan Maahad Muhammadi Lelalki berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

 

Seramai 24 pelajaar MMP mendapat semua A berbanding 18 orang pada tahun 2010. Manakala calon mendapat 12A seramai tiga orang. Pelajar terbabit iaitu Aisyah Nazurah Ubaidah (10A+, 2A), Nazihah Mohd Daud (7A+, 5A) dan Nur Mardia Mazri (7A+, 5A). Manakala pelajar yang mendapat 10A+ iaitu Izzah Hameeda Zamani (10A+, 1A) dan Aisyah Nazurah berbanding tiga orang pada 2010, manakala calon mendapat 9A+ seramai 4 orang berbanding 2 orang pada 2010.

 

Pengetua MMP, Ustaz Mohd Mansor Daud berkata, seramai 23 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar (2010), manakala 15 pelajar mendapat 10 A meningkat berbanding 11 pelajar pada 2010. “Calon mendapat  9A pula seramai 18 orang. Jumlah calon mendapat 9 A dan ke atas seramai 57 orang berbanding 54 pelajar pada 2010,” katanya ketika mengisytiharkan keputusan peperiksaan tersebut.

 

Menurutnya pencapaian tersebut merupakan yang terbaik dan tertinggi setakat ini. Seramai 391 pelajar MMP menduduki peperiksaan SPM tahun lepas.

 

AKTIVITI KOKURIKULUM BERMULA

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pada 15 Januari bersamaan 21 Safar 1433H,telah bermula aktiviti kokurikulum bagi Maahad Muhammadi Perempuan sesi 2012.Hari Khamis (12 Januari) dijadikan hari pemilihan untuk rumah sukan,persatuan/badan/kelab, serta unit beruniform ,wajib bagi setiap pelajar MMP.

Pekeliling tarikh bagi setiap kegiatan kokurikulum telah diedarkan kepada setiap pelajar. Buku rekod kehadiran aktiviti kokurikulum telah diberi kepada semua pelajar untuk dicatatkan kehadiran bagi setiap kegiatan Ko.

Rumah sukan yang terdapat di MMP adalah Rumah Ungu,Jingga,Kuning,Merah,Hijau, dan Biru. Manakala Persatuan/Badan/Kelab yang terdapat ialah Persatuan Bahasa Inggeris,Matematik,Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Sejarah,Geografi,Kelab ICT dan Multimedia,Karisma,Persatuan Usahawan Muda dll.Unit beruniform pula,Briged Bakti,Kadet Bomba,PBSM,Puteri Islam,JPAM dan lain-lain lagi.

Semua kegiatan kokurikulum yang akan disertai oleh pelajar akan memberikan input bukan sahaja dalam akademik pelajar tetapi juga syaksiah pelajar kerana kegiatan sebegini akan menjadi aktiviti praktikal kepada anak-anak pelajar. Ia juga dapat meningkatkan peluang mereka untuk memasuki IPT pada masa yang akan datang. Menurut perancangan sekolah kegiatan kokurikulum akan berakhir pada pertengahan bulan Julai.

 

MAJLIS PERASMIAN MINGGU DISIPLIN & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN 2012.

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pada 14 Februari 2012 bersamaan 21 Rabiulawal 1433 H telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Disiplin dan Penyerahan Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Hj Tengku Azmi Bin Hj Tengku Jaafar,Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar. Seterusnya,majlis diteruskan dengan mendengar ucapan yang disampaikan oleh pengetua sekolah dan Pengarah YIK . Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan kepada semua ketua badan-badan induk bagi sesi 2012 dan diakhiri dengan ucapan dan daripada Ketua Pelajar,Nur Dini bt Ahmad Zawawi.

Ketua Pelajar Menyampaikan amanatnya

Tujuan utama Minggu Disiplin ini diadakan adalah untuk memantapkan disiplin yang menjadi tonggak keunggulan syakhsiah. Sepanjang minggu disiplin ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya kuiz,pemilihan Miss disiplin,pameran dan ceramah bagi semua tingkatan.Dengan berlangsungnya minggu ini,diharapkan masalah disiplin ,kemalasan dan sampah dalam kalangan para pelajar Maahad Muhammadi Perempuan dapat diatasi

 

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH DAN PERASMIAN LIQA’ FIKRI

  • PDF
  • Print
  • E-mail

Pada hari Ahad,7 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433H, satu majlis sambutan Maal Hijrah telah diadakan di MMP bertempat di dataran thobur. Majlis thobur tersebut dimulai dengan sesi suai kenal dengan guru-guru baru termasuk Penolong Kanan Ko-kurikulum baru, iaitu Ustazah Hafizah Bt Abdullah.

PK KO-KUROKULUM

Ustaz Fauzi selaku pengerusi majlis telah menjemput Nurul Syazana bt Azman untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi memberkati lagi majlis pada pagi itu. Seterusnya, Mudir MMP, Ustaz Haji Mohd Mansor bin Haji Daud telah memberikan ucapan alu-aluan sempena kemasukan pelajar baru, iaitu seramai 520 orang (460 dari Tingkatan 1, 40 dari Tingkatan 4 dan 20 dari Tingkatan 6 bawah).  Majlis diteruskan dengan kehadiran Ustaz Suratemi Mat Yusoff selaku penceramah jemputan pada hari tersebut.Majlis diakhiri dengan perasmian Liqa’ Fikri (Usrah) yang akan bermula pada tarikh yang ditetapkan.


 

 

 

Page 1 of 2

GALERI MMP

AMANAT ALFADHIL MUDIR MMP

No images

JAWATANKUASA MAAHAD

AKTIVITI PELAJAR

Tinjauan

Siapa Anda?